101 PERSOALAN POPULAR MASALAH RAMBUT LELAKI.


 Assalamualaikum ..
101 persoalan popular masalah rambut lelaki merupakan tajuk E-Book saya yang akan saya siapkan dalam tempoh Perintah Lawalan Pergerakan (PKP) ni.
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ni pada musim Perintah kawalan Pergerakan PKP. Dah lama rasanya saya tak bertemu dengan anda di ruangan blog ni. Musim PKP ni memberi banyak masa kita bersama keluarga dan ruang untuk saya berkongi sesuatu bersama anda.

Sekarang ni saya dalam proses menyiapkan E-BOOK yang bertajuk 101 Persoalan Popular Masalah Rambut Lelaki. Sy yakin E-BOOK ni akan dapat membantu anda di luar sana. Setiap hari saya di hujani banyak persoalan berkaitan dengan masalah rambut .terutama masalah rambut lelaki.

Bagi anda yang pertama kali membaca blog ini,sedikit pengenalan berkaitan dengan diri saya, nama saya Suhaimi Rosli.nama panggilan Cik Mie, Merupakan salah seorang dari anda juga yang pernah di uji dengan masalah rambut Male Patern Baldness (MPB). Bermula dari umur 21 tahun (2002) rambut dah mula menipis , perlahan-perlahan terus membotak.kemudian sy telah mencuba perbagai kaedah rawatan (boleh baca post2 sebelum ni) sehinggalah pada akhir 2017 saya nekad membuat rawatan tanam rambut (hair transplant) alhamdulillah sekarang rambut sy dah kembali seperti dahulu.



    Dengan pengalaman yang ada ni saya akan kongsikan segala persoalan popular  yang sering di ajukan kepada saya  dengan anda. Saya tergerak untuk menyiapkan E-BOOK ni kerana saya dapat rasakan yang jika saya dapat maklumat ini dari awal masalah ini berlaku,mungkin dapat menyelamatkan rambut saya dari terus gugur dan botak. Walaupun masalah ini telah berlalu, saya nak pengalaman yang sungguh berharga ni dapat membantu korang diluar sana. Harapan saya dengan siapnya E-BOOk ni dapat membantu korang membuat TINDAKAN yang betul di peringkat AWAL.  Apa yang paling penting ia dapat membantu MENJIMATKAN masa dan KOS RAWATAN korang.

Saya share dulu 1 soalan yang sering ditanya.

 Apakah punca rambut saya menipis di bahagian hadapan dan atas?



Jika anda mengalami penipisan rambut dari masa ke semasa , tetapi ia hanya melibatkan rambut di kawasan tengah atau depan, anda sebenarnya sedang mengalami sejenis masalah kebotakan yang dinamakan "Male Pattern Baldness". Ia disebabkan oleh genetik dan dipengaruhi oleh hormon DHT (Dihydrotestosterone). Masalah male pattern baldness ini bermula di peringkat awal 20an , bersifat PROGRESIF dan akan berlanjutan sehinggalah rambut di bahagian depan dan tengah boleh botak sepenuhnya.


Ini baru 1 soalan, ada 100 lagi soalan berkaitan dengan masalah rambut lelaki yang akan saya kongsikan dalam E-BOOK saya nanti.



Nampak simple je soalan diatas, tetapi jika anda tidak faham dan tahu masalah rambut anda. Anda akan buat kesilapan demi kesilapan seperti saya dulu. Apakah jenis kesilapan yang kita akan lakukan jika kita tak faham punca masalah rambut ini?

Mungkin kita akan beli segala produk yang terjual dipasaran yang belum pasti keberkesanannya.bila kita dah cuba tiada perubahan kita akan kecewa.saya bercakap berdasarkan pengalaman saya 1 ketika dulu.sy pasti anda yang menghadapi masalah rambut pernah merasai pengalaman ini juga.

Didalam E-BOOK ini juga saya akan kongsikan dengan anda ubat apa yang berkesan yang doc akan berikan untuk merawat masalah ini dan kaedah rawatan yang terbaik untuk masalah ini..lagi menarik persoalan dan jawapan saya kongsikan dengan gambar..anda pasti akan dapat jawapan  dengan lebih jelas.


Jika anda anda sebarang persoalan berkaitan masalah rambut boleh tinggalkan di ruangan komen atau whasap saya https://pakejtanamrambut.wasap.my/
Atau follow FB page  di medmiy
https://www.facebook.com/616851025468933/posts/617011768786192/



Saya harap dengan perkongsian saya kali ini memberi sesuatu pada anda.doakan saya dapat siapkan segera  E-BOOk 101 persoalan popular masalah rambut lelaki.



Comments

Popular posts from this blog

WOW MURAHNYA... HARGA PAKEJ HAIR TRANSPLANT DI TURKI...

Wah Mudahnya.. Tip Penjagaan selepas Hair Transplant

PAKEJ RAWATAN TANAM RAMBUT( HAIR TRANSPLANT) KE TURKI 2020.