Wah Mudahnya.. Tip Penjagaan selepas Hair Transplant
Assalamualaikum...
Kali ni saya nak kongsi pula penjagaan selepas rawatan hair transplant.
Anda tak perlu risau sebab tak payah berpantang macam orang perempuan bersalin pon. hihi. Pendek kata, penjagaannya tak sesusah mana. Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu dan ambil peduli..
Sebenarnya, langkah pertama untuk proses hair transplant adalah dengan membuat analisis ke atas struktur rambut pesakit dan mengenal pasti folikel rambut yang akan menjadi donor area.
Setelah itu, folikel rambut tersebut akan ditanam pada kawasan yang bermasalah yang melibatkan pembedahan sekitar 6-8 jam.
Pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat sangat bergantung kepada penjagaan selepas penanaman rambut dijalankan.
Ramai yang pm saya, risau nak buat hair transplant sebab mereka fikir terpaksa ambil cuti sebulan atau lebih untuk jaga rambut.😊
Jadi, apakah langkah penjagaan selepas hair transplant?
Apa pula cara yang sepatutnya dilakukan untuk menjaga rambut baru tersebut?
Adakah hair transplant dengan kaedah FUE memerlukan penjagaan yang teliti?
Haa, sekarang saya nak bagi jawapan..
Peringatan Selepas Hair Trasnplant
Sebenarnya, selepas buat rawatan anda akan diberi pendedahan kaedah penjagaan untuk 6 hingga 12 bulan yang pertama. Anda perlu ingat bahawa rahsia untuk rambut yang sihat dan kuat adalah penjagaan. Malangnya, antara sebab utama masalah rambut gugur dan akhirnya menjadi botak adalah akibat daripada penjagaan rambut yang tidak sempurna.
Anda tahu tak?? Rambut merupakan kawasan yang paling mudah dicemari oleh udara dan persekitaran. Oleh itu, sangat penting untuk menghindarkan diri dari tempat-tempat yang berhabuk teruk atau sangat kotor untuk 6 bulan yang pertama. Bukan apa, kalau kotoran tu melekat pada akar rambut, pertumbuhannya jadi lebih lambat kerana habuk dan kotoran tu boleh merosakkan akar rambut yang baru ditanam. Tahap sensitiviti kawasan yang dirawat juga meningkat. Jadi penjagaan rapi sangat diperlukan.
Apakah Kaedah Penjagaan Yang Betul Selepas Hair Transplant? ( Tempoh 1-6 bulan Pertama)
1. Buat sentuhan paling lembut masa bersihkan rambut (dengan syampu). Elakkan membersih kawasan yang sama berulang kali dan pastikan kuku sentiasa pendek. Jangan kuti-kutil kulit kepala tu.. hihi (walau rasa geram dan gatal tangan). Sabar ye. Kalau nak kutil jugak, anda kena ingat yang sehelai rambut yang ditanam tu harganya RM2.00 tau.. (kalau buat kat Turki la, kat Malaysia lebih mahal). Mesti terbantut niat tu nanti..
2. Dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan apa-apa produk rambut seperti syampu dan sebagainya. Tinggalkan dulu produk rambut anda yang ada. Syampu bawang ke, syampu arang ke, tolak tepi. Utamakan syampu yang dibekalkan.
3. Tidak digalakkan menggunakan pengering rambut. Haba panas dari pengering tu, boleh rosakkan baby rambut anda tu. Biarkan je kering sendiri.
4. Elakkan lap dengan tuala lembap dan juga tuala terpakai untuk elakkan jangkitan. Antibiotik akan dibekalkan. tapi anda tetap digalakkan untuk menjaga kebersihan.
5. Elakkan pancaran matahari terik kerana ia akan merosakkan akar rambut. Kalau anda sememangnya bekerja di bawah matahari, anda boleh gunakan topi yang longgar dan tak biarkan kepala tertutp dalam tempoh yang lama. Sebab akar rambut yang ditanam perlukan udara untuk menggalakkankesuburannya.
Akhir sekali....
6. Elakkan produk rambut yang mengandungi bahan kimia yang tinggi seperti pewarna rambut, rebonding atau kerinting rambut dan sebagainya. Tahan dulu untuk tempoh 1-2 tahun pertama. sebab bahan kimia yang berlebihan akan rosakkan rambut.
Selepas 1 tahun, rambut yang ditanam akan nampak lebih panjang, lebat dan tebal. anda tak perlu risau rambut gugur macam dulu. sebab rambut tu memang kuat seperti semulajadi. sebab tu rawatan penanaman rambut ni tidak sensitif dengan hormon DHT.😎
semoga tips yang saya kongsikan ini memberi sesuatu kepada anda yang menghadapi masalah rambut botak.jika korang rasa tip ini berguna sila share kan kepada rakan2 korang yang memerlukan.
Thanks for sharing these tips related Pengalaman Hair Transplant / Tanam Rambut di Turki. turkey hair transplant
ReplyDelete