PENGALAMAN HAIR TRANSPLAN - SETELAH 20 BULAN (1 TAHUN 8 BULAN) BERLALU......
Assalamualaikum w.r.t
Korang ingat lagi tak?? Saya pernah nyatakan dalam tulisan saya yang saya nak bantu ramai orang yang hadapi masalah macam saya??
Alhamdulillah, akhirnya impian saya menjadi NYATA. Dalam tak sedar saya dah bantu hampir 40 orang dalam tempoh setahun setengah.
Semua yang saya bantu, dah buntu untuk mencari penyelesaian. Sekian lama diorang dihantui masalah kebotakan👴. Syukur sangat sebab blog saya dapat jadi panduan untuk mereka.
Kalau korang nak tahu, mereka pon punya nekad yang sama seperti saya. Nak kembalikan keyakinan diri. Berbekalkan panduan dan maklumat yang saya beri dan kongsi, mereka berjaya jejakkan kaki ke Turki walaupun sebelum ni tak pernah ke luar negara. Saya rasa macam WOW😮 sangat!!! Sebab akhirnya saya betul-betul dapat realisasikan impian diorang.
Dalam tempoh 20 bulan ni, saya tetap jalani gaya hidup saya yang biasa. Maksudnya, tiada pantang larang yang perlu saya lalui dan saya tak risau rambut saya gugur lagi. Ma Sya Allah, gembira bukan kepalang saya.. dan keyakinan diri saya meningkat sehingga 200% tau..😝
Untuk pengetahuan korang, saya hanya teruskan penggunaan syampu yang doktor bekalkan setelah selesai rawatan dulu. Saya memang tak percaya syampu yang lain. HAAREX namanya. Syampu ni sangat sesuai untuk mereka yang ingin merawat rambut. Sebab dalam syampu ni ada BIOTIN (Vitamin H @ B7) yang dapat menguatkan dan menebalkan rambut serta kurangkan masalah keguguran rambut. Bukan untuk lelaki je, sesuai juga untuk orang PEREMPUAN. So kalau korang berminat saya ada simpan stok lebih sebab syampu ni susah nak dapat. Saya terpaksa borong dari Turki dan syampu ni sangat popular kat sana. Saya pon boleh pos laju untuk korang. Postage free. hahaha. whatsapp je saya (0176781722).
Sebenarnya saya dah share pengalaman secara personal dengan lebih kurang 40 orang yang hadapi masalah (10 daripadanya hubungi saya dari Indonesia). Saya siap buatkan jadual dan pakej dan mereka dah pon selamat jalani rawatan di Turki. Saya seronok dapat bantu diorang.
Ada sebahagian yang transfer duit ke akaun saya, untuk saya belikan tiket flight sebab mereka tak pernah berurusan dgn syarikat penerbangan. Ada juga minta saya bantu uruskan visa untuk masuk ke Turki (patient dari Indonesia). Saya enjoy dan saya bantu ikhlas.. tak perlu bayar saya walau SEPOSEN.. hahaha.
Thanks for sharing this article, useful information. Hair Transplant Cost In Turkey: Lastly, if you need more about hair transplant costs in Turkey or have more questions about other procedures. Get a free consultation today!
ReplyDelete