TERKINI -Selepas 12 Bulan Rawatan Hair Transplan Di Turki
Assalamualaikum...
Lama saya tak menulis.. Maklumlah, makin hujung tahun, makin sibuk rasanya. Memandangkan hari ni genap 12 bulan saya mendapat rawatan rambut di Turki, saya nak share perkembangan terkini saya. Post kali ni juga, saya nak share gambar-gambar bulan ke-9 hingga bulan ke-12 rawatan. Masih terasa rindu pada bumi Turki. Saya pasti ke sana lagi satu hari nanti.
Ramai yang memuji penampilan saya sekarang. Tak kurang juga yang bertanya proses rawatan dan sebagainya. Hampir setiap hari saya dapat call, whatsapp dan tak ketinggalan e-mel yang rata-rata ingin tahu dan mahu rawat masalah mereka.
Baru saya sedar, rupanya masalah rambut ni bukan hanya saya yang hadapinya. Alhamdulillah, saya dah bantu ramai dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan yang terkini dari Brunei.
![]() |
Ni gambar sebelum rawatan.. Handsome je kan..? |
![]() |
Ni pulak gambar selepas 12 bulan rawatan.. Mesti laa lebih handsome...😂 |
Saya bantu urusan mereka sebelum berangkat, semasa mereka di Turki dan semasa rawatan, juga selepas mereka pulang ke tanahair masing-masing. Yang saya lebih terharu, ada yang minta saya bantu belikan tiket kapal terbang ke Turki. Saya sangat berbesar hati bila dapat hulurkan bantuan yang tak seberapa.
Semua konsultansi yang saya beri adalah PERCUMA tau. Anda hanya perlu sediakan duit untuk tiket kapal terbang pergi-balik, dan untuk bayaran rawatan (bayar di klinik Turki). Anggaran bayaran untuk hair transplan pulak bergantung pada masalah masing-masing. Saya boleh bantu anda untuk dapatkan anggaran harga (saya sendiri akan berhubung dengan doktor di sana). Anda tak perlu pening kepala untuk pengangkutan dan hotel di sana sebab semuanya disediakan percuma. (boleh rujuk blog saya yang sebelum ni).
![]() |
Team klinik yang spoting dan TERBAIKK.. |
Yang menariknya, saya tak perlu ke Turki pon. Saya cuma bantu mereka dari sini dengan jadi perantara antara mereka dan klinik di Turki. Komunikasi dan hubungan yang baik dengan doktor di sana memudahkan segala urusan. Rupanya, perbezaan bahasa bukanlah penghalang yang besar.
Saya hanya gunakan serba sedikit pengalaman dan skill 'broken english' yang saya ada. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Jadi, pada mereka yang perlukan bantuan jangan malu, jangan segan hubungi saya ya. Saya ikhlas membantu. Saya pernah tercari-cari maklumat sendiri. Saya tahu betapa susahnya. Ye la kan, siapa pon kita tak pernah kenal di Turki sana tu.
(Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkaitan Rawatan Rambut yang lebih pantas sila whasapp ke http://pakejhairtransplant.wasap.my/ )
Sekarang ni, saya rasa lebih berkeyakinan. Maklumlah, dapat semula umur saya yang 30-an, berbanding sebelum ni 40-an.
Untuk pengetahuan anda, nilai matawang terkini 1Lira = RM0.78 sen. Bermakna masa yang sangat sesuai untuk merancang rawatan. Ramai yang ingin mendapatkan rawatan hair transplant, ambil peluang sambil melancong. Ada rezeki lebih, boleh bawa family sebab dah jimat untuk hotel dan makan tau. Dalam masa sehari, banyak juga tempat yang boleh anda lawati (boleh juga rujuk post saya yang lepas).
Saya nak belanja gambar ye. Korang boleh nilai sendiri....
Gambar-gambar ↓ sebelum rawatan.. nampak berumur. ramai orang sangka saya dah 40-an...😁
Gambar-gambar ↓ selepas rawatan.. nampak umur 30-an semula kan...? 😉
Untuk maklumat lanjut, boleh juga lawati fb page: medmiy
Jumpa lagi di post yang lain... bye..
Assalamualaikum..
Comments
Post a Comment