Pengalaman Hair Transplant Turki hari KETIGA (RAWATAN)

photo_2018-01-20_14-28-07
Assalamualikum….. w.r.b.t…
Hari ni saya  menulis lagi. harap korang tak jemu nak baca. banyak sangat yang saya nak kongsi..  saya amat teruja bila ada kawan2 yang mula bertanya dan tertunggu2 tulisan saya yang seterusnya. saya dapat hadap komputer pon waktu malam dan hari cuti je. maklum laa saya ni ayah dan suami sepenuh masa.. hehe. anak dan isteri perlu perhatian juga. jadi saya kena la pandai2 bahagi masa..
photo_2018-01-20_13-41-51
antara peringkat masalah rambut yang biasa..
photo_2018-01-20_13-41-56
Dua kaedah Hair Transplant FUE dan FUT..
oh ye.. sebenarnya sebelum sampai Turki lagi saya dah pon hubungi doktor dan bertanya macam-macam soalan yang bermain difikiran saya. antaranya ialah;
photo_2018-01-20_13-40-29
proses pertumbuhan rambut hasil transplant. lamanyeee nak tunggu setahun hihi
  1. adakah rambut akan tumbuh seperti rambut asal dan bagaimana proses pertumbuhan nya? rambut yang di tanam akan tumbuh seperti rambut asal.rambut akan tumbuh normal selepas selesai proses ini. doktor juga beritahu, adalah normal rambut yang di tanam  gugur semula sebab yang penting follicles (akar rambut) masih kekal..anak rambut baru tumbuh akan kuat dan kekal. kesannya akan nampak jelas selepas 8 ke 12 bulan,
  2. saya ada tanya juga adakah terasa sakit semasa rawatan, doktar memaklumkan bius setempat di lakukan sebelum rawatan jadi semasa rawatan tak lah sakit,ahhh legaaa rasanya.
  3. saya tanya lagi adakah hair transplant ni selamat, doktor memaklumkan yang proses rawatan ini sangat selamat dengan risiko dan kesan sampingan yang minimum..
  4.  doktor kata hair transplant akan kekal dan merupakan penyelesaian untuk masalah rambut gugur.doktor memaklumkan yang 95% rawatan ini berjaya.so bertambah confident dan excited lah saya.
13 dec (6.00 pagi).. saya dah siap2 solat subuh. (7.00 pagi) saya pegi sarapan pagi.. macam biasa saya cuma makan salad, roti dan telur rebus je. menu  lain belum pandai makan lagi.. maklum laa baru 3 hari dok Turki. hihi.. tiap kali sarapan, saya mesti bawa sekali sos cili yang saya bawa sendiri.. masa makan tu, saya jumpa ramai geng serban yang saya cerita hari tu.. hehe. rupanya hotel ni memang jadi penginapan untuk orang2 yang menjalani hair transplant dari seluruh dunia.
oo ye.. masa ni musim sejuk.. (suhu 9-12°).. waktu malam agak panjang. pukul 6 ptg dah gelap macam 8.00 malam. berapa malam ni, saya jadi tidur awal.. dan saya akan terjaga sekitar 3.00 pagi.. mata da susah nak lelap.. hihi. xsabar tunggu siang sebab nak sambung aktiviti lagi…
(8.00 pagi)masa ditunggu2 pon tiba. Hisyam jemput saya untuk bawa ke klinik. jarak hotel ke klinik sangat la dekat. terasa macam VIP bila dijemput dengan kenderaan mewah + dibukakan pintu.. hihi.
photo_2018-01-20_13-40-33
sampai je klinik, saya terus consult dengan doktor untuk buat hair line dan tentukan berapa graph yang perlu diambil dari bahagian belakang (donor area).doktor memaklum kan rawatan hair transplant ni menggunakan kaedah FUE (Follicle Unit Extraction).
kaedah FUE (Follicle Unit Extraction)
 lepas tu, ujian darah dilakukan untuk pastikan saya benar2 sihat untuk teruskan rawatan ni. menurut kata doktor, pesakit HIV dan Hepatitis B tak boleh buat hair transplant sebab berisiko tinggi. selesai cek darah, saya tukar baju persalinan dan sedia untuk cukur rambut. sebelum mulakan rawatan, rambut saya dicuci, kemudian dibawa ke bilik rawatan.
photo_2018-01-20_13-41-00
Melakar hair line.. 
Rawatan dimulakan dengan bius setempat (local anaesthesia). masa ni saya berdebar2 sebab saya memang takut jarum.. hihi. sejujurnya saya rasa sakit untuk 2 minit yang pertama. mesti laa sakit kan, jarum kan tajam. tapi macam kena gigit semut api je. bila ubat bius dah disuntik, saya langsung tak rasa sakit untuk proses2 yang lain. fungsi suntikan ni untuk buatkan saya rasa selesa dan tenang semasa rawatan.
photo_2018-01-20_13-41-14
Preoses bermula… berdebar….
photo_2018-01-20_13-41-21
photo_2018-01-20_14-29-46
Rambut yang telah dicabut dari Donor area…
doktor mula mencabut rambut saya (dari donor area)  sehelai demi sehelai (4000 helai) menggunakan kaedah FUE. dekat 4 jam saya baring, saya tak rasa bosan sebab masih boleh gunakan phone untuk layari internet atau main game..dah  puas layari internet, saya lelap pulak . bila dah selesai, saya diberi rehat lebih kurang setengah jam untuk makan atau ke tandas.
photo_2018-01-20_13-41-09
rehat… duduk sekejap setelah penat baring.. hihi
lepas ni adalah proses tanam pulak rambut yang dah dicabut tadi…. sehelai demi sehelai pula ditanam di kawasan yang botak. kagum juga saya dengan ketabahan dan kecekalan doktor mencabut dan menanam semula rambut2 tu…hihi.. bukan sikit2, beribu2… bukan pula besar2, tapi halus sgt anak2 rambut tu.. proses ni makan masa kurang lebih 3 jam..bila dah selesai, kepala saya dibalut (donor area sahaja) dan saya terus dihantar balik ke hotel. saya dibekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik, sebagai persediaan bila bius dah habis nanti..
photo_2018-01-20_13-41-27
perut mula berdangdut.. otak pon ligat fikir mana nak cari nasi.. hihi. masa di klinik tadi ada juga mereka bagi saya roti bakar berinti keju dan jus. kenyang memang kenyang, tapi saya lapar nasi.. hehehe
photo_2018-01-20_13-40-14
Muka ada senyum… makanan dipesan dah sampai.. 
photo_2018-01-20_13-40-06
Antara menu yang dipesan ..nampak tak ulam dan sambal belacan tuu?
terus saya teringat Restoran Nur Muhammad. mereka ada sediakan perkhidmatan delivery. lega sgt sebab jimat masa dan tenaga untuk ke sana. kos delivery pon lebih kurang sama dengan tambang pergi balik naik uber. lebih kurang 1 jam, makanan pon sampai. malam tu saya pesan ikan bakar, asam pedas, sambal belacan dan ulam2.. tak lupa juga 2 cawan teh tarik. hehe. memang heaven dapat makan sambal belacan dan minum teh tarik di turki tau. packaging makanan mereka  menarik dan nak makan pon xperlu pinggan mangkuk.. sekelip mata makanan abis. hihihi..
Bangga sebab ada anak Malaysia yang bertapak di bumi Istanbul ni. memang terbaik sebab mereka tetap kekalkan ciri2 Melayu dan Islam dalam pengurusan restoran mereka.. Moga Restoran Nur Muhammad terus maju dan mampu menjadi ikon dakwah di luar negara..
IMG-20180120-WA0012.jpg
Setanding KFC Dominos dan McD.. ada delivery lagi…
selesai solat, saya bersiap2 nak tido. masa ni bius dah mula habis, saya makan ubat tahan sakit sebiji dan terus lena sampai pagi.. alhamdulillah, malam pertama selepas rawatan berlalu dengan baik.. perasaan gembira dan tak sabar nak tengok hasilnya dalam beberapa bulan lagi..
photo_2018-01-20_13-40-43
photo_2018-01-20_13-40-48
nampak macam seram dan cedera PARAH kan?? tapi tak sakit pon…
penat dah menaip ni.. nanti saya sambung lagi untuk hari keempat @terakhir di Turki, tentang penjagaan selepas hair transplant/progess pertumbuhan rambut dan explain juga berkenaan PRP (Platelet Rich Plasma) untuk rambut…. sampai berjumpa lagi…
suhaimismiley@gmail.com
Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi saya di whatsapp (0176781722). Saya sedia berkongsi pengalaman dan membantu sesiapa sahaja yang berminat membuat rawatan di Turki.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Makasih untuk info nya. Berapa untuk biaya nya? Saya juga punya masalah sama kebotakan di area depan, mau coba Hair Transplant juga tapi mau cari klinik di Jakarta aja. Denger-denger ada klinik di Jakarta Selatan yang menyediakan Hair Transplant, dokter nya bagus dan emang ahli dalam permasalah rambut. Mungkin, ada yang tau The Clinic Beautylosophy atau yang pernah Hair Transplant juga disana, boleh info ke saya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.anggaran kos rawatan HT kaedah FUE di Turki bermula 1300 usd - 2500 usd untuk maksimum graf, ianya bergantung kepada masalah kebotakanya.berdasarkan pengalaman saya sendiri jika dibandingkan harga rawatan yang sama di Malaysia dan Indonesia jauh lebih mahal.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WOW MURAHNYA... HARGA PAKEJ HAIR TRANSPLANT DI TURKI...

Wah Mudahnya.. Tip Penjagaan selepas Hair Transplant

PAKEJ RAWATAN TANAM RAMBUT( HAIR TRANSPLANT) KE TURKI 2020.