Pengalaman Hair Transplant di Turki - HARI TERAKHIR

Assalamualaikum w.r.b.t…
“Anda tidak boleh mencipta pengalaman, tetapi anda mesti melaluinya”.. kata2 yang terus membakar semangat saya.. Sebelum ni saya dah kongsi proses rawatan rambut saya kan.. kali ni saya menulis sekali lagi – hari terakhir saya di Turki..
14 Dec hari terakhir saya di bumi Turki.. sedih juga sebenarnya, tapi gembira sebab rawatan rambut saya berjalan lancar.. Alhamdulillah… syukur sangat sangat sebab segala urusan saya dipermudahkan. rahsianya…. saya tak pernah jemu minta ummi dan babah doakan saya. juga mak dan abah mertua. bagi saya, kebahagiaan dan segala nikmat yang Allah dah anugerahkan pada saya, mereka2 inilah asbabnya..

Ni laa bantal yang saya maksudkan.. pakai untuk lebih kurang seminggu je. time nak tido sahaja.. hehe
saya terjaga awal pagi, badan rasa lebih segar. sebab malam tadi dapat tidur lena walau saya tak dibenarkan tidur mengiring.. lupa saya nak bagitau. selepas rawatan semalam, selain ubat2, saya juga dibekalkan dengan bantal angin untuk jaga baby2 rambut yang baru ditanam ni.special kan… hihi.

sampai je klinik, doktor letak syampu dulu.. nak buang darah2 beku dan kotoran yang melekat semalam..

keadaan rambut setelah dicuci. tak de lagi darah.. dah tak seram kan??? hihi
Hari ni saya akan ke klinik sekali lagi. tepat jam 8.00 pagi hisyam akan jemput saya di hotel. jadi saya sarapan cepat2 dan tunggu di lobi. saya ke klinik hanya untuk buka balutan dan cuci rambut selepas rawatan semalam. waktu ni doktor ada ajar cara cuci rambut yang ditanam dengan betul (saya akan kongsikan nanti)dan saya juga jalani suntikan PRP (Platelet Rich Plasma). selepas itu, sesi bergambar bersama doktor dan staf yang sangat peramah. lebih kurang jam 10.00 pagi saya dihantar semula ke hotel.

PRP yang berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut..

Contoh aje… hehe. cara suntikan dilakukan…

Saya berehat jap sambil mula packing barang2. flight balik kami jam 7.00 ptg. nampaknya ada beberapa jam yang tinggal. saya rancang untuk berjalan2 sekitar hotel. ambil angin sejuk…. sempat laa saya minum ‘apple chai’-teh epal. rasanya memang istimewa. korang mesti kena cuba. ooo ye.. saya berjalan kaki je. dengan suhu 18ºc amat menyeronokkan. pemandangan yang cantik di sekitar hotel. rasa berat hati nak tinggalkan bumi Istanbul ni.

minum apple chai dan roti bakar di sekitar hotel..

Pukul 200 petang, sekali lagi Hisyam jemput kami untuk ke Attartuk Airport.. perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam. sempat laa saya terlelap.. maklum laa, keletihan. banyak masa memang saya nak berjalan2 je.


Cari jajan dan susu segar….
selesai urusan check-in barang, kami naik flight untuk balik ke Kuala Lumpur. perasaan saya bercampur.. sedih nak tinggalkan Turki, tapi gembira sebab dah mula rindu kat rumah sendiri. kalau korang nak tahu, untuk jimatkan kos parking di KLIA, saya parking kat Putrajaya sentral dan ambil KLIA Transit ke KLIA. Rate parking cuma RM16 sehari..(kalau tak silap.. hihi) berbanding di KLIA yang jauh lebih mahal.

selfie jap.. on the way ke airport..
Alhamdulillah, saya selamat sampai setelah tempuh kurang lebih 11 jam perjalanan. Memang best trip ni sebab saya berjaya urus semuanya sendiri, selain bantuan carian Google. jadi saya suka sangat nak kongsi dengan korang perjalanan saya ni, untuk jadi panduan dan rujukan kalau2 korang pon berminat nak ke sana. ramai juga yang personal message saya untuk minta bantuan.. rupanya ramai juga yang hadapi masalah rambut seperti saya.

Alhamdulillah.. selamat mendarat di KLIA..
selesai rawatan ni, saya jadi lebih positif dan hargai diri sendiri…awalnya, saya pon tercari2.. apa kaedah rawatan yang terbaik, dan di mana… saya dah pon ada jawapannya iaitu di TURKI… korang pon boleh pm saya atau pergi ke page saya di facebook – Implan Rambut Sambil Melancong ke Turki. saya akan bantu dan jawab segala persoalan korang dengan kadar segera berdasarkan pengalaman saya di sana.

Comments
Post a Comment