Berbaloi-baloi Trip Hair Transplant di Turki - Hari pertama & kedua....

Assalamualaikum.. w.r.b.t
Post kali ni saya nak cerita tentang perjalanan saya ke Turki. korang pon sedia maklum, saya urus semuanya sendiri… dari survey dan deal dengan klinik, booking tiket flight, dan tukar duit ke USD. seronok sebenarnya sebab saya dapat belajar benda baru.. hakikatnya saya risau juga kalau2 plan saya ni tak berjaya walaupun trip ni merupakan kali kedua saya urus sendiri ke Turki. trip rawatan pertama saya bulan mac, tapi masa tu saya tak sempat simpan banyak gambar.. maklum laa first time dan masih takut2 lagi.. trip kedua ni, saya dah boleh digelar sebagai abang long kawasan.. kuikuikui

ada gaya ABANG LONG KAWASAN tak???? hihihi
saya juga belajar dan praktik satu perkara – pergantungan hati dan berserah segalanya pada Allah. saya serah bulat2 dan yakin yang Allah akan bantu saya dan sentiasa doa supaya Dia temukan saya dengan orang2 yang baik2… ya… keyakinan tu buatkan saya nekad..
jom…. Pengembaraan 4 hari 3 malam saya baru bermula…. hihi
flight saya adalah pada 11 disember jam 9.45 pagi. saya akan transit di Doha dan akan sambung ke Istanbul. Perjalanan dari KLIA ke Doha ambil masa kurang lebih 7 jam.. memang agak lama, tapi Qatar Airway sgt selesa. 7 jam tu tak la terasa sgt. saya dapat tengok movie, dengar lagu dll..

sebelum berlepas… selamat tinggal Malaysia..
11 dec (6.45 ptg waktu Turki) saya sampai di Attartuk Airport, Istanbul.. ada seseorang menanti saya di sana. hihi. berdebar juga nak jumpa si dia tu.. bukan apa, risau juga kalau kami ni macam ayam dan itik. dia cakap saya tak faham, saya cakap dia pulak tak faham.. hehe. bukan apa, xsempat saya nak ambil kursus bahasa turki. hihi naya nak guna bahasa isyarat pulak.. tapi jangkaan saya jauh meleset sebab si dia yang bernama Hisyam al-Muhammady sangat fluent English dan boleh juga berbahasa arab. saya pon dah stanby mem kat sebelah. agak2 saya tak dapat tangkap apa yang dia cakap, saya pass je kat dia.. hehe.

inilah si dia yang saya katakan tu…hihi sangat peramah dan sangat membantu..
Hisyam bawa saya ke hotel (Mia Berre) yang dah pon termasuk dalam package rawatan rambut saya. Cantik sangat hotel tu. nampak mewah juga. yang penting sgt selesa. memang masa ni fikir nak tido dan luruskan pinggang je. maklum laa da dekat 9 jam dok dalam kapal terbang. fuhh penat giler.. malam tu saya hanya berehat di hotel sahaja.

hotel penginapan kami.. untungnyaa dapat hotel free..
12 dec (8.00 pagi) saya terus gerak ke kawasan Sultan Ahmet. best sangat tau.. saya tak perlu pening nak sewa kereta sebab kat sini saya hanya gunakan aplikasi Uber untuk dapatkan teksi. teksi pulak bukan sembarangan. semuanya Volkswagen dan Mercedes.. 6 seater pulak tu.. hihi. dapat laa berangan jadi Dato terlajak laris sekejap.. tambang pon tak mahal. sebab nilai Lira lebih kurang sama dengan RM.. bayar cash je.. hehe. tapi baru nak lelap, dah sampai.. dekat sangat rupanya..


di hadapan masjid biru… sekitar Sultan Ahmet
Di Sultan Ahmet, saya berjalan2 di Masjid Biru.. sempat buat solat sunat tahiyyatul masjid dan Duha. syukur sebab saya dah pon sampai ke Turki di bawah peliharaanNya jua.. Subhanallah.. Masjid yang sangat cantik, terpukau mata memandang. Depan masjid biru pula, terletaknya Hagia Sophia. Tempat ni asalnya gereja. Tinggalan sejarah Sultan Muhammad al-Fateh.

santai dalam tram yang selesa..
Dari Sultan Ahmet, saya gunakan (tram) yang semacam keretapi. bangga juga dengan pembangunan Turki ni. jauh lebih maju pengangkutan awamnya dan mudah di akses. saya hanya perlu dapatkan Istanbul kad (yang boleh di mana kedai – termasuk kiosk2 kecil tepi jalan & kedai surat khabar). kad ni sikit lebih kurang kad touch n go dan boleh di top up di mesin kiosk yang terdapat di setiap hentian. semuanya dalam bahasa turki. hebat juga saya.. hehe saya cuba2 je guna mesin tu, sekali top up boleh 5@10@20 lira sekali.. bukan apa, nak masuk toilet pon guna kad akses ni tau… di buatnya nak buang air, naya kalau xcukup baki… hihi

sedang menunggu tram.. tunggu 5 minit dah sampai…
lupa nak bagitahu, cerita saya beli Istanbul kad tadi sebab saya naik tram nak ke Selat Bosphorus.. hehe. tambang murah. harga sama (3 lira) untuk ke semua destinasi, walaupun jauh… lagi best sebab free untuk kanak2. ok, selat bosphorus ni merupakan pertemuan antara benua eropah dan asia. cantik sangat pemandangan kat situ. yang saya tak boleh lupa, saya berpeluang naik feri, juga akses dengan Istanbul kad. feri yang sangat besar dan penumpang tidak bersesak2.. saya pilih top floor(outdoor) untuk menikmati pemandangan indah dan angin sejuk di luar.. burung camar yang sgt banyak mengiringi perjalanan saya.. Ya Allah.. seronok tak terkata sebab sambil terbang, burung tu kejar makanan yang kita lempar. sangat dekat dan rasa nak tangkap burung tu sekor2.. hehe..

di iringi burung camar…

pemandangan indah dari atas feri..
habis trip feri, saya hala ke Galata Bridge pulak.. dekat sangat dengan Selat Bosphorus. saya hanya jalan kaki untuk mencuba balik elmak@ kebab ikan mackerel segar yang dijual di restoran2 di Galata bridge. sambil makan kebab, saya dapat menikmati keindahan selat Bosphorus. terhibur juga sebab sangat ramai org yang memancing di sepanjang jambatan ‘Galata bridge’ tu.. oo ye. jangan lupa bawa sos dari kg halaman tau. sebab di turki memang susah nak jumpa sos cili. berbaloi-baloi kami kumpul dari kfc dan juga mcDonald. hehe. memang kenyang sebab kebab ni agak besar. dengan harga 10 lira = rm10.60 boleh kongsi berdua.. berdua kan lebih baik… hihi

di restoran nak makan Balik Elmak

nampak tak sos dari kg. halaman?? hihi.. ada sos baru terangkat….

Galata Bridge.. nampak tak orang ramai memancing tu? kat restoran sana laa saya lihat pemandangn selat Bosphorus..
lepas ni saya nak ke Spice Bazaar pulak.. dekat sangat dengan Galata Bridge. jalan kaki je dah sampai.. ya ampunn… satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan bila nampak buah2 segar. geram tengok strawberry sebesar buah ciku.. hehe. kat spice bazaar ni, segala macam mak nenek ada,,, manisan, kacang2, cenderahati, barang keperluan rumah, pengantin dan lain2 lagi. memang syurga buat mem saya.. hihi. asal nampak, semua dia nak cuba. saya layankan je.. siapa tak sayang bini kan… hehe. sesekali apa salahnya… penat seharian berjalan, perut pon lapar semula.

pemandangan dalam Spice Bazaar

Strawberry yang sebesar ciku tuu… ‘terpaksa’ beli sekilo.. hihi
bila perut lapar, terus saya teringat sup kaki ayam dan sambal belacan kat malaysia.. alangkah nikmatnya.. baru masuk dua hari asyik makan telur dan keju.. dah tak boleh telan rasanya.. haaa.. ni yang korang wajib tahu. ada restoran masakan Malaysia tau. Guna je apps Uber, terus ke restoran Nur Muhammad di area Al-Fateh. ada macam2 menu. roti canai, asam pedas, nasi goreng, teh tarik, sate, ulam2, ikan bakar… semua laa.. sambal belacan pon ada. layanan pon five star. macam keluarga sendiri.. restoran pon ekslusif. org turki pon minum teh tarik kat sini.. hihi. harga pon berpatutan. portion besar boleh kongsi berdua.. perut dah kenyang, mata pon dah kecik.. saya terus balik hotel untuk berehat. esok ada aktiviti penting yang juga merupakan sebab UTAMA saya ke sini iaitu rawatan hair transplant…

di hadapan Restoran Nur Muhammad..

menu Melayu di bumi Turki… syukur Alhamdulillah…
kalau saya nak ajak korang join trip D.I.Y dan pakej (hair transplant dan melancong) macam ni, ada tak yang nak ikut?? saya dah lulus untuk jadi pemandu pelancong tau. haha.. korang rasa berbaloi tak?? kalau korg rasa berbaloi, jangan lupa share. nanti saya sambung cerita hari ketiga pulak ye… mesti korang nak tahu proses rawatan saya secara detail.. takut tak? sakit tak? nanti saya kongsi…

rambut terakhir sebelum dicukur (untuk rawatan hair transplant)
suhaimismiley@gmail.com
Fb page: medmiy
Comments
Post a Comment